Kawalan Pembangunan


Kawalan Pembangunan

Kawalan Pembangunan

Sebarang bentuk pembangunan yang dilakukan dalam daerah Kuala Penyu perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Daerah Kuala Penyu sebelum dilaksanakan. Ianya termasuklah pembangunan perindustrian, perdagangan dan perumahan daripada individu atau pun syarikat, pertubuhan atau agensi kerajaan.
Bermula 1 November 2021 sistem atas talian bagi memudahkan proses memohon kelulusan pembangunan telah dilaksanakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Negeri Sabah untuk digunapakai oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Negeri Sabah. Sistem yang dimaksudkan adalah Sistem Elektronik Kelulusan Pelan Pembangunan (ePP) pautannya seperti berikut https://epp.sabah.gov.my/
Lihat selanjutnya...
PENYELARASAN DAN KAJIAN SEMULA SKIM PERANCANGAN DAERAH KUALA PENYU, SABAH

PENYELARASAN DAN KAJIAN SEMULA SKIM PERANCANGAN DAERAH KUALA PENYU, SABAH

Penyelarasan & Kajian Semula Skim Perancangan Daerah Kuala Penyu, Sabah adalah langkah pihak Majlis Daerah Kuala Penyu merancang dan mengkaji semula dengan menyelaras pengkelasan zon-zon sedia ada agar segala perancangan dalam Daerah Kuala Penyu termasuk Menumbok dapat dibuat secara teratur mengikut pelan skim yang telah dipersetujui. Pelan Skim ini juga perlu sebagai rujukan kepada pelabur-pelabur sama ada dalam atau luar yang ingin melabur mengikut kesesuaian pemajuan yang telah ditetapkan.
Lihat selanjutnya...
PERMOHONAN PERMIT STRUKTUR SEMENTARA MD KUALA PENYU

PERMOHONAN PERMIT STRUKTUR SEMENTARA MD KUALA PENYU

Permit struktur/ bangunan sementara
Lihat selanjutnya...